Selamat pagi. Hari ini saya berminat untuk berkongsi mengenai Jabatan Pertanian disebabkan saya sedang menanti tarikh temuduga yang akan dijalankan. Sambil-sambil tu marilah kita buat revision. Jom.
Apa itu Jabatan Pertanian ?
Jabatan Pertanian ialah jabatan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang berperanan dan bertanggungjawab untuk
- mempercepatkan transformasi pertanian kepada sektor yang moden, dinamik dan komersial.
- membangunkan industri tanaman makanan dan bunga-bungaan
- memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal
- melindungi industri pertanian negara
- menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar
- bergiat dalam forum-forum, hubungan dua hala dan kerjasama teknikal antarabangsa
- mempertingkatkan pembangunan sumber manusia
Jabatan Pertanian telah ditubuhkan pada tahun 1905. Tugas utama Jabatan Pertanian pada masa itu adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Jabatan Pertanian telah berkembang dengan pesat dan diperkukuhkan. Jabatan Pertanian terlibat dengan sepenuhnya dalam bidang
- penyelidikan
- menyediakan khidmat pengembangan dan pemasaran serta pembangunan pertubuhan-pertubuhan peladang.
Dengan tertubuhnya FAMA , MARDI dan LPP, Jabatan Pertanian telah disusun semula dan menumpukan peranannya dalm memberikan khidmat pengembangan terutamanya kepada petani-petani.
Apa tugas Jabatan Pertanian di setiap negeri ?
Jabatan Pertanian di setiap negeri telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program pengembangan bagi memajukan sektor pekebun kecil.
Apa dia visi Jabatan Pertanian?
Sudah semestinya ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasi eksport.
Bagaimana pula dengan misi Jabatan Pertanian ?
Misi Jabatan Pertanian ialah memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini
Selain dari itu, misi Jabatan Pertanian ialah memberi khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian.
nota tepi ; regulatori ialah peraturan @penyeliaan / seliaan
Apa dia tagline Jabatan Pertanian dgn erti kata lain, misi perkhidmatan pelanggan?
'ANDA KAMI UTAMAKAN'
Objektif Jabatan Pertanian
Antara objektif Jabatan Pertanian ialah ;
- Memberi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian melalui pemindahan teknologi berteraskan amalan pertanian baik bg meningkatkan pengeluaran dan pendapatan serta memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
- membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara
- mewujudkan kumpulan tenaga yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian
- melindungi tanaman industri dan makanan daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan biosekuriti tumbuhan
untuk rujukan penuh boleh layari portal Jabatan Pertanian www.doa.gov.my.
Fungsi Jabatan Pertanian
Antara fungsi Jabatan Pertanian ialah ;
- Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadan setempat dan seterusnya menyampaikan kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
- Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
- membangunkan sumber maklumat tanaman makanan dan tanah untuk kegunaan perancangan dan perlaksanaan pembangunan sektor pertanian.
- Menjalankan latihan di insitut / pusat latihan pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian
- Mengawal selia mutu bahan / benih
untuk rujukan penuh boleh layari portal Jabatan Pertanian www.doa.gov.my.
Rujukan ; portal Jabatan Pertanian Malaysia
Comments
Post a Comment