Posts

Showing posts from May, 2022
Selamat pagi kepada pembaca. Hari ini penulis ingin berkongsi maklumat yang diperolehi tentang pertanian. Sy berminat bercerita mengenai Amalan Pertanian Baik dan skim pensijilan yg berkaitan Amalan Pertanian Baik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jom baca penulisan saya. hehe 💖💖 Amalan Pertanian Baik adalah 1 sistem pengurusan ladang yang dilaksanakan mengikut standard dan peraturan untuk; mengurangkan risiko dan mudarat meningkatkan produktiviti menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja keselamatan makanan pemuliharaan alam sekitar pembangunan pertanian lestari selain itu, APB juga adalah aktiviti pertanian bagi menghasilkan produk pertanian yang berkualiti, selamat dimakan dan mesra alam sekitar. Antara skim pensijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian yang berkaitan dgn APB ialah; SALM (2002) Skim Amalan Ladang Baik Malaysia SOM (2003) Skim Organik Malaysia adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang y...
  Selamat pagi. Hari ini saya berminat untuk berkongsi mengenai Jabatan Pertanian disebabkan saya sedang menanti tarikh temuduga yang akan dijalankan. Sambil-sambil tu marilah kita buat revision. Jom. Apa itu Jabatan Pertanian ? Jabatan Pertanian ialah jabatan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang berperanan dan bertanggungjawab untuk mempercepatkan transformasi pertanian kepada sektor yang  moden, dinamik dan komersial. membangunkan industri tanaman makanan dan bunga-bungaan memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal  melindungi industri pertanian negara menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar bergiat dalam forum-forum, hubungan dua hala dan kerjasama teknikal antarabangsa mempertingkatkan pembangunan sumber manusia Jabatan Pertanian telah ditubuhkan pada tahun 1905. Tugas utama Jabatan Pertanian pada masa itu adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun ...
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Hari ini saya berminat untuk berkongsi kata-kata semangat yg saya perolehi selepas membaca buku Tenang, Kamu Mampu dari Hana Dahlia terbitan WhiteCoat. Semoga kata-kata motivasi ini memberi semangat kepada pembaca dan penulis untuk terus bergerak ke hadapan. Disini saya sertakan point2 yang sy ambil dari pembacaan Antaranya ialah; Meski lelah, jangan pernah memilih untuk menyerah Jangan pernah memilih putus asa dengan sangkaan tidak ada lagi bahagia, sedang kamu masih belum sampai ke penghujung cerita. Masa lalu bukan untuk disesali. Meski ada banyak kesilapan yang pernah kita lakukan, jadikan ia sebagai pengajaran agar kita tidak jatuh pada lubang yang sama sekali lagi. Sungguh Allah Maha Sempurna dalam mengatur rencana. Dia Maha Baik dan selalu memberi yang terbaik Tanpa kesedihan, mungkin kita akan rasa selesa dan leka dengan dunia hingga Allah pun kita lupa. Allah tidak pernah salah dalam mengatur rencana. Cuma kita yang selalu gagal dalam memaham...
Salam Perkenalan Hai, Saya Ezzati. Tujuan utama penubuhan blog ini adalah ingin berkongsikan maklumat yang saya perolehi sepanjang pembacaan saya. Blog ini juga bertujuan untuk memberi motivasi dan smgt pada diri sendiri khususnya dan juga pembaca am nya. Ada ke yang sudi baca ? Harap- harap adalah. hehe Doakan saya untuk terus konsisten berkongsi maklumat yang saya perolehi dari pengalaman, pembacaan, webinar,penglihatan dan pendengaran. Semoga info yang dikongsikan ini menjadi asbab urusan saya di negeri akhirat dipermudahkan olehNYA.  Sekian. kita jumpa untuk penulisan akan datang. lots of love. 💖💕