Selamat pagi kepada pembaca. Hari ini penulis ingin berkongsi maklumat yang diperolehi tentang pertanian. Sy berminat bercerita mengenai Amalan Pertanian Baik dan skim pensijilan yg berkaitan Amalan Pertanian Baik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jom baca penulisan saya. hehe💖💖
Amalan Pertanian Baik
adalah 1 sistem pengurusan ladang yang dilaksanakan mengikut standard dan peraturan untuk;
- mengurangkan risiko dan mudarat
- meningkatkan produktiviti
- menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja
- keselamatan makanan
- pemuliharaan alam sekitar
- pembangunan pertanian lestari
selain itu, APB juga adalah aktiviti pertanian bagi menghasilkan produk pertanian yang berkualiti, selamat dimakan dan mesra alam sekitar.
Antara skim pensijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian yang berkaitan dgn APB ialah;
- SALM (2002)
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
- SOM (2003)
Skim Organik Malaysia adalah satu skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan peladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS1529 : 2011
- MyGAP (2013)
1 skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada ladang2 yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik spt ladang2 yang berkonsepkan mesra alam, ladang2 yg menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bg menghasilkan produk berkualit, selamat dan sesuai dimakan
MyGAP ialah penjenamaan semula bagi menggantikan SALM (Skim Amalan Ladang Baik Malaysia)
- My Organic (2016)
Penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysia Standard MS1529 : 2015
- MyGAP.AM (2019)
MyGAP Pemeliharaan Lebah dan Kelulut
- MyGAP.TBM (2021)
MyGAP Tanaman Bukan Makanan
- MyGAP. PF (2022)
MyGAP Pesticide Free. Skop pesticides free ini ialah memberi pengiktirafan kpd ladang yang mengamalkan APB dan tidak mengguna pakai racun sintetik dalam proses pengeluaran mereka. Oleh itu, pengguna boleh mendapatkan pilihan yg terbaik bg bahan makanan mereka.
Diperkenalkan bg menghargai usaha pengeluar hasil pertanian yg menitikberatkan soal kualiti dan keselamatan produk mereka
Rujukan : Jabatan Pertanian Malaysia
Comments
Post a Comment