Assalamualaikum dan Selamat pagi. Hari ini saya berminat untuk berkongsi kata-kata semangat yg saya perolehi selepas membaca buku Tenang, Kamu Mampu dari Hana Dahlia terbitan WhiteCoat. Semoga kata-kata motivasi ini memberi semangat kepada pembaca dan penulis untuk terus bergerak ke hadapan.
Disini saya sertakan point2 yang sy ambil dari pembacaan

Antaranya ialah;

  1. Meski lelah, jangan pernah memilih untuk menyerah
  2. Jangan pernah memilih putus asa dengan sangkaan tidak ada lagi bahagia, sedang kamu masih belum sampai ke penghujung cerita.
  3. Masa lalu bukan untuk disesali. Meski ada banyak kesilapan yang pernah kita lakukan, jadikan ia sebagai pengajaran agar kita tidak jatuh pada lubang yang sama sekali lagi.
  4. Sungguh Allah Maha Sempurna dalam mengatur rencana. Dia Maha Baik dan selalu memberi yang terbaik
  5. Tanpa kesedihan, mungkin kita akan rasa selesa dan leka dengan dunia hingga Allah pun kita lupa.
  6. Allah tidak pernah salah dalam mengatur rencana. Cuma kita yang selalu gagal dalam memahami bahasa cintaNYA. Tenanglah, tenang. Kelak yang lebih baik pasti akan datang.
  7. Jangan gusar. Kita ada Allah Yang Maha Besar. Ingatlah saat dia menghadirkan ujian, dia tidak meninggalkan kita sendirian.

Comments

Popular posts from this blog